attention plizzz!!

Saturday, August 25, 2012

♪♫♪♫

Aku : Saya tidak layak untuk awak.

Kau : Kenapa?

Aku : Awak dari kalangan orang baik-baik, sedangkan saya…

Kau : Saya dan Tuhan selalu memandangmu, apa lagi?


Aku : Awak pintar, awak ada banyak peminat.


Kau : Peminat? saya tidak perlukan mereka, saya hanya perlu pendamping dan pembimbing untuk anak-anak saya kelak.


Aku : saya juga tidak dalam ilmu agama.


Kau : Kita boleh mendalaminya bersama-sama.


Aku : Saya tidak cantik. Tidak seperti mereka…


Kau : Tuhan akan marah jika mendengar perkataan awak tadi, sebab itu saya memilih awak kerana awak tidak menggunakan kesempatan atas kecantikan awak.


Aku : Awak ini kenapa? Sudah saya kata saya ini tidak layak, kita ibarat bumi dan langit. Terlalu banyak perbezaan.


Kau : Perbezaan membuat kita lengkap.


Aku : Awak terlalu sempurna.


Kau : Belum. Akan sempurna jika awak ada.


Aku : Cukup. Saya tidak mahu dengar lagi.


Kau : Seribu bunga tak mampu membuat awak berlembut juga?


Aku : Temuilah ayah saya. Itu lebih berharga dari seribu bunga dan ungkapan cinta.
 
 


No comments: