attention plizzz!!

cuti-cuti malaysia..

Tuesday, May 23, 2017

Kumerindui dirimu,

Nurul ada seorang kawan. Baik orangnya. Dalam ramai2 kawan nurul paling jaga hati dia. Sebab nurul dah anggap dia macam seorang kakak. Dia banyak mengajar nurul erti kehidupan. Tapi tak sangka pulak kan, satu hari tu nurul kehilangan dia selama2nya. 

Choiii, bukan dia meninggal dunia. Bukan2.. Betul dia meninggal... Tapi dia pergi meninggalkan nurul. Ya Allah, lost giler masa tu. Orang lain tak faham, hari2 rindu dia mesej nurul. Tapi dalam marah2 kat dia, dalam geram2, dalam sakit hati tapi rindu kat dia.

Ini semua salah nurul. Yelah, masa tu tak matang mana pun. Tetiba sentap dengan status dia kat fb. Baca menitik air mata. Siapa yang tak terasa kan. Sebab rasa macam dia tujukan nurul je masa tu. Hari makin hari semakin rase menyampah tengok muka dia. Tak tahu la kenapa kali ni susa nak maafkan dia. Adakah berpunca dari sifat cemburu kat dia, yang senang dapat pengganti?

Dia memang ada terangkan pasal status tu, tapi nak buat macam mana asyik teringat je kata2 dia. Kite org pun main balas2 status kat wechat..hahaha budak wechat sangat kan.. Tegur dia, dia buat tak endah. Siapa tak sedih, kalau seorang akak tak nak dengar cakap adik dia kan. Tegur pun benda baik, tapi dia sanggup lagi dengar kata2 si jantan tak guna tu. Sanggup tak bagi tahu hal sebenar.

Sanggup pergi buat fyp dengan jantan tu, ke tepikan kami yang sama kumpulan ni. Jumpa lecture sorang2, so apa gunanya kami sebagai ahli kumpulan. Masing2 bagi idea kot. Ye, dia kate kesian kat kiteorg nak kena bayar minyak, duit sewa kereta bagai. Tapi bagi nurul takpe, duit tolak tepi. Yang penting kite buat as a team kannn.

Pastu tetiba dia start tak balik rumah sewa selalu. Nurul sedih sebab dia balik rumah jantan tak guna tu. Memang lelaki tu duduk rumah famili that mean ada mak,akak,segala anak buah semua ada lah. Bukan famili wife bagai tu. Pastu rasa kekosongan sangat. Then tetiba jugak dia keluar rumah.

Bila jumpa kat kelas, kiteorg tegur biasa2 je. Nurul macam takleh nak cakap dengan dia. Ego kan? Rasa macam meluat, sakit hati. Dalam masa yang sama try imagine, kebaikan dia, kenangan yang manis2 masa dengan dia. Tapi ntah la, takleh go on. Nurul jahat jugak, time tu tetiba ada some rahsia2 dia nurul tercerita kat orang lain. Wei, kalau kau terbaca ni. Aku minta maaf taw. Maafkan aku yang sentiasa tak matang, yang sentiasa terlepas cakap.

Sampai la nurul hantar wasap.  Yang atas2 tu x ingat da. Tapi ada ayat macam ni. "Aku tawar hati dengan kau" that what i feel to her. So, memang da buat lagi terbelah. Sebelum tu, masa bezday dia, sempat lagi bagi hadiah terakhir kat dia. Bagi warna kesukaan dia. Sebuah lampu tidur. Bagi kongsi 3 orang. Ya Allah, aku da kehilangan orang yang penting kat aku.

Kat dia, memang perwatakkan nurul lain. Tapi dengan dia la boleh cerita something yang boleh membuat kita berfikir lagi matang.

Oh,damn.aku rindu giler kat kau . Kali terakhir jumpa dengan dia masa konvo dulu. Dengan khabar, dia dah putus dengan jantan tak guna tu. Bagus, memang sejak mula2 nurul dengan dia kapel dengan orang tu nurul tak suka. Tapi mengiyakan je pilihan dia.

Tapi kini nurul bukan lagi orang yang penting dalam hidup dia. Damn... Aku rindu kau la. Kenapa aku ni bodoh sangat. Tahu tak perasaan benci kat dia tu hilang, masa nurul belajar kat mantin. Sebab roomate nurul time tu perangai macam dia. Baik giler, walaupun tak kenal langsung.  Tapi pernah gak follow dia kat fb, dulu add as cousin. Sekarang takde pun kat fb dia. Sementara aku ada lagi. Betul la dia da buang aku. Pernah wasap dia. Layan cam awkward sangat.

Now, bila dengar suria cinta, ingat dengar sama2 tapi dia kat bilik dia. Nurul kat bilik nurul. Memang lost giler masa dia jauh. Adakah dapat baik cam dulu. Kiranya kalau dalam novel nurul la watak yang ending dia yang menyesal tak guna.

Aku sayang n aku rindu nak lepak dengan kau. Kau rasa tak benda yang rasa ni???? Tak tahu la kalau jumpa one day nanti cam mana. Aku nak get back balik boleh tak?


I'm promise to be a good friend and good sister.. Ya Allah, bodohnya aku time tu..
Ya Allah kau lindungilah sahabat aku tu. Sesungguhnya aku rindu kau, rindu dengar celoteh kau. Ye betul orang cakap dah macam putus cinta. Jadi aku tak tahu la, kalau aku kehilangan famili, macam mana. Btw, thanks. Jadi sebahagian hidup aku. Aku tahu susah nak maafkan aku. Jangan cari kawan macam aku lagi okey. Cari yang boleh jaga kau. Take care sis. Aku tahu kau takkan merindui aku, sebab kau ada kawan yang lebih baik dari aku.

Take care dear. If one day, aku ada anak. Aku akan kenal dia, cerita pasal kau kat dia. Walaupun time tu, kita dah jadi orang asing. Bye my lovely friend.

 For others dearest friend, thanks selalu bagi aku semangat. Thanks hulurkan tali masa aku jatuh perigi buta. Next time aku buat cerita pasal korang pulak ye. Siapa yang kenal aku, mesti tahu siapa kah gerangan dalam cerita ini


tQ for reading

No comments: