attention plizzz!!

Sunday, May 19, 2013

kelebihan dan hikmah




nurul nak share something ni.. korang mesti pernah dengar mengenai 'Ayat 1000 Dinar’  kan??
sebenarnya ayat  1000 dinar ni terdiri daripada Ayat 2 dan 3 surah At-Talaq..  Ia juga merupakan ‎amalan yang masyhur dalam hal berkaitan rezeki dan perlindungan diri. Ramai ‎yang mengamalkan ayat ini untuk tujuan meminta agar Allah SWT mengurniakan kemurahan ‎rezeki, kemudahan dan penyelesaian masalah. Tetapi hendaklah mengamalkannya secara beristiqamah dan b'ingat bahawa jika kita b'usaha dan b'tawakal ALLAH akan bantu kita. cepat atau lambat sahaja..

Hikmah Ayat 1000 Dinar.Sesiapa mengamalkan ayat ini Insya’Allah akan:‎
‎1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.‎
‎2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.‎
‎3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan,‎kezaliman dan bencana alam.‎
‎4. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.‎
‎5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.
.
.
sekarang ni ramai peniaga yg mengantungkan ayat 1000 dinar ni di premis-2 mereka, tak ketinggalan jugak yg menampal pelekat di kenderaan masing-2.. tp bg nurul tiada gunanya jika kita buat semua tu tapi tak mengamalkannya..wallahualam

notakaki:jika ada yg t'silap harap dapat diperbetulkan



No comments: